"Thanks, Kak Maya..."

Syahila dengar suara Elly. Tapi, dia tak kuasa nak buka mata. Tadi, lepas minum Milo panas, dia mandi dan terus diarah tidur. Kata Elly, dia demam. Dia menurut sahaja tanpa kata.

"It's okay..." suara Maya kedengaran perlahan. Mungkin tak mahu mengejutkan Syahila yang disangkanya dah lelap.

Senyap. Sunyi. Terasa hening suasana tiba-tiba. Syahila dah malas nak pasang telinga. Mata yang pejam hanya sekadar pejam. Lenanya tak juga kunjung tiba.

Kenapa aku boleh ada di rumah Elly? Bukan Elly tak suka aku ke?

Persoalan kuat yang mendesak dalam kepala. Entah kenapa, muka Maya boleh tak terdaftar dalam rekod kepalanya tadi. Agaknya, kepala dah penuh dengan suara Firdaus, sampai orang pun dia dah tak kenal!

Siapa cakap Elly tak suka kau? Ada suara dari entah mana tiba-tiba menerpa. Menyergah.

Fir cakap... Gumam Syahila dalam hati.

Kau percaya? Lagi-lagi entah suara apa yang datang bergema. Rasa dah macam cerita Angel dan Evil dekat dalam TV tu. Bezanya, ini versi Syahila.

Fir cakap... Fir cakap...

Sekilas, suara Firdaus bergema lagi.

"Akak cuba fikir kenapa orang tak mau kawan dengan akak? akak tak fikir ke semua tu sebab akak jugak? Akak ingat Kak Elly tu suka sangat ke kawan dengan akak? Dia pernah bagitahu saya, yang kalau bukan dia yang kawan dengan akak, tak de sape pun yang sudi jadi kawan akak... Akak fikirlah..."

Masih dia ingat lagi, betapa sebaik sahaja Firdaus cakap macam tu, hatinya jadi sebu. Syahila ketap bibir. Cuba menahan air mata dari jatuh. Mata masih lagi dipejam.

"Akak tahu je... Kak Elly pernah je cakap camtu dekat akak," lemah je suara dia masa tu. Dan, entah kenapa, dia rasa ada senyum puas hati mungkin di bibir Firdaus. Pada hal, dia cakap macam tu, sebab malas nak lawan kata dengan Firdaus. Dia sendiri tak tahu menahu tentang hal tu sebenarnya.

"See... Takkan itu pun, akak tak sedar diri lagi?" suara sinis Firdaus, terngiang lagi di telinga.

Pedih! Perit! Rasa dia nak menjerit je sekarang. Sampai hati, Elly!!!

Semua ni salah kau, Sya. Si evil datang dengan muka menyinga.

Kenapa? Syahila menggumam dalam hati.

Kau tahu kan, kepercayaan itu bukan mudah? Yang kau pergi percaya Elly tu, buat pe?

Syahila senyap. Entah apa yang direpekkan suara-suara dalam kepalanya itu, sudah dia tak mahu ambil peduli.

Samapi hati kau, dik!

Sampai hati Elly cakap macam tu pasal akak!!!

Ada air mata yang turun walau dalam keadaannya pejam begitu. Syahila sudah tak kuasa.

Ya Allah, Kau cabut sahajalah nyawa aku!!!