Langkah yang tadi laju, semakin perlahan. sampai sahaja di perhentian bas, langkahnya mati. Syahila jatuh terduduk. Lutut rasa longlai. Dadanya terasa amat perit. Nafasnya tersekat-sekat.

Am I that hopeless?!!

Air mata mula jatuh. Menuruni pipinya. Tidak dihirau motorsikal yang lalu-lalang dan memperlahankan kelajuan melihat aksinya. Yang pasti dia tidak punya daya untuk berdiri. Langsung tak!

Ya Allah! Kasarnya teguran Kau!

Syahila merintih. Pedih. Sakit. Perit. Semuanya bersimpul-simpul dalam hati. Terngiang-ngiang bahasa kesat dan sinis yang digunakan Firdaus senbentar tadi. Hatinya terasa macam dihiris-hiris.

Ya Allah! Aku sangat berdosa! Banyaknya hati yang aku dah zalimi!

Syahila terus menangis. Air mata yang berjurai seolah-olah tidak mahu berhenti. Saat ini, terasa satu kampus kosong. Hanya dia sahaja satu-satunya penghuni yang masih ada. Walaupun akal bawah sedarnya menjerit, menyuruhnya segera bangun kerana sudah beberapa orang yang lalu mahu menegur. Namun niat mereka terhenti sebaik melihat wajah bekunya dibasahi air mata dan tertunduk bisu tanpa kata.

"Sis..." Seseorang memegang bahunya lembut. Syahila tak daya menoleh. Masih membatu dengan wajah beku yang dialiri air m,ata deras.

Wanita itu mula tunduk.

"Sis... Are you okay?" soalnya lembut. Syahila masih diam.

"Come..." Dia memapah tubuh Syahila untuk berdiri.

Okay... Saya okay... Syahila mahu nbersuara. Namun dia tak mampu. Serasa seluruh suara, daya dan tenaganya terbang pergi. Tak mahu sudi menghuni tubuh perempuan jahat sepertinya.

"Sis..." wanita itu cuba memancing suara Syahila untuk bercakap.

"I'm... Okay..." dikuatkan juga otot suaranya untuk berbunyi walaupun sayup. Wanita itu tersenyum lembut.

"Saya call kan sesiapa?" soalnya lembut.

Syahila geleng perlahan.

"Saya tak ada kawan..." putus-putus suaranya menuturkan kenyataan pahit itu.

Wanita itu senyap. Direnung wajah Syahila lama.

"Jom... kita pergi mana-mana... You're a total mess right now!"

Tubuh Syahila dipapah ke  kereta Myvii putihnya yang tak jauh dari situ. Syahila hanya menurut. Bawa sajalah dia pergi... Dia sudah tak kuasa...