"Cuba akak bagitahu saya... Apa yang akak tak puas hati sangat dengan saya? Biar saya sedar diri!!"

Sepi. Syahila biarkan suara yang bernada tajam dan menghiris hati itu hilang dibawa angin malam. Matanya sibuk merenung hujung jari. Cuba dipujuk hati sendiri yang sedang berdarah-darah.

"Akak!!! I'm talking to you!!!" Suara itu semakin meninggi. Syahila masih beku. Tanpa suara. Masih duduk senyap sunyi dalam dunianya.

"Kak Nur Izzati Syahila!!! Gosh!!! Are you deaf?" Bentak suara itu. Jelas kurang sabar dengan sikap senyap sunyi Syahila. Sedari 2 jam yang lalu, paling banyak Syahila bersuara pun hanya 10 patah. Selebihnya, kata-katanya mati.

"Kak..." satu suara lembut kedengaran. Syahila seakan lupa yang mereka di situ bertiga. Tapi, entah... Hatinya tidak di situ.

"Akak, kitorang nak tahu je... Cakaplah..." pujuk suara lembut itu. Namun, Syahila masih diam. Dia tak memandang pun pemilik dua suara itu. Dia hanya membuang pandang ke tengah astaka yang sunyi sepi.

"Akak!!! Saya dah tak larat laaa nak dengar semua rungutan tentang akak! Akak tahu tak? Bukan akak yang kena... It was me who defend you!" keluh suara yang sedari tadi menikam dan menghiris hati Syahila dengan sengaja.

Syahila ketawa sinis dalam hati. Betul ke kau defend aku? Huh!!

"Akak... Kitorang just nak clarify semua ni je..." pujuk suara lembut itu pula.

"Kak Sya..." suara tajam itu menikam lagi cuping telinga. Syahila tarik nafas panjang. Rimas didesak-desak sebegitu.

"Akak tak tahu apa yang korang dah dengar..."

Syahila capai beg.

"Dan, akak tak kuasa nak bela diri sendiri," Syahila bangun. Membetulkan letak baju kurungnya.

"Teruslah percaya apa sahaja yang korang mahu percaya," Syahila menghabiskan ayatnya dan mula melangkah.

"Kitorang tak panggil akak dan confront akak macam ni semata-mata nak tengok akak lari!!!" Jerkah si suara tinggi.

Syahila hela nafas panjang. Dalam. Dia menoleh. Ada marah yang tertahan dalam hati, diluah di balik sinar matanya yang redup.

"Megat Muhammad Firdaus!!!" Senafas dia bersuara.

"I don't care!!! I just don't care whatever you gonna take me into..." suara Syahila. tersekat-sekat. Menahan sebak yang datang menyerbu. Dia berdiri tegak menghadap Firdaus dan Natasya kini.

"Macam yang Fir dan Nate cakap tadi... Akak jahat... Mulut jahat... Hati jahat... Bermuka-muka... I have no offense!!!" suara Syahila sedikit tinggi.

"Akak tak mahu defend diri sendiri... Tak guna pun... So, I just confess... Akak minta maaf..." sambung Syahila. Ditahan air mata yang mula ingin mencuri jatuh ke pipi.

Langkahnya diatur perlahan ke hadapan. Ditatap wajah Firdaus dan Natasya silih berganti. Cuba ditebak wajah Firdaus yang tersungging senyum puas hati.

"Akak minta maaf... Akak nak balik!"

Syahila lantas berpaling. Jam di tangan dah tunjuk pukul 11 malam. Malam itu cantik dihiasi bintang dan bulan yang terang. Namun, itu nyata tak mengizinkan hatinya menghayati dan bibirnya tersenyum ria.

"Akak... We're not finished!!!" suara Firdaus tinggi. Cuba menghalang langkah Syahila.

"Enough, Fir!!!" Syahila separuh menjerit. Suara Firdaus yang tajam menusuk itu tak mampu lagi ditampung oleh telinga dan hatinya.

Enough... before I explode into pieces...

Syahila menghayun langkah laju. Tidka dihirau suara tidak puas hati Firdaus yang memekik memanggilnya tidak puas hati. Juga, larian Natasya  yang ingin menghalang langkahnya.

I just feel... I need a suicide note!!!