Coretan Warna Pelangi...

Hidup ini penuh dengan pilihan yang aneh-aneh...

Tukang Baca...

"Kak..."

"Hmm..." Wajah itu masih tak berganjak dari menghadap novel. Tak peduli dah orang sekeliling. Ada tak ada pun, dia ketawa kecil atau mencebik atau menggeleng sendiri. Elly mati kata. Direnung wajah Syahila yang seolah-olah tekun dengan novel Tentang... Dhiya tulisan Syud tu.

Sudah hampir dua minggu, sejak kejadian Syahila dipapah kakak iparnya ke depan pintu rumah lewat malam itu dengan muka pucat lesi dan air mata yang tak henti-henti. Zahirnya, Syahila sudah sihat dari demam panas yang datang tiba-tiba malam itu. Malah, sudah mula ketawa dan senyum sinis sarkastik berbunga. Signature Syahila yang mungkin tak berubah. Macam equation y = mx + c yang dia belajar dalam subjek matematik dan ekonomi.

Tapi...

Ada tapinya, dan noktah pada tapi tu, panjang berjela.

Elly rasa matanya tak menipu. Walau seceria mana pun tampalan senyum sarkastik bergula Syahila, dia tahu itu sekadar hiasan. Mata Syahila membicarakan sebaliknya.

Malah, kata-kata syahila juga seolah-olah... Seolah-olah, ada bom self-destruction yang sedang meletup tak sudah-sudah dalam hati. Asyik menyalahkan diri.

Juga...

Juga, Syahila sering mengelak dari berbicara seperti biasa dengannya. Walaupun mereka sebilik. Walaupun dia datang melepak melepek dekat katil Syahila kini, tapi, compartment kecil Syahila tu macam suram. Macam ada aura orang tengah depressed tahap giga.

"Akak, okay?" soal Elly. Memecahkan kesunyian.

Mata Syahila yang sedari tadi berlari-lari mengikut bait ayat yang tersusun dalam novel itu berhenti. Lama.

Elly tahu. Elly sedar. Walau novel di tangan, tingkah Syahila itu tanda akal dan hatinya tidak seiring dengan mood novel di tangan.

"Akak dah macam zombie sejak malam tu..." gumam Elly rendah. Takut Syahila keluar aura membunuh.

Syahila masih diam. Namun, tangannya sudah menanda bacaan dengan penanda buku. Kaki ditarik ke meja studi. Tangan mencapai tumbler unggu. Air putih diteguk sekilas sesudah bismillah.

"Kak..." Elly masih cuba mencungkil. Meleraikan kebisuan Syahila. Merungkai misteri aura hitam yang dah bertapa kat kepala Syahila sejak dua mingu ini.

"Kenapa? Akak okaylah... Don't bother..." suara Syahila datar. Tajam.

Elly gigit bibir. Kehabisan kata. Dilihatnya, Syahila sudah sarung uniform nak pergi kafe - sweater merah dan tudung hitam. Lipatan seluar yang melepasi buku lali, diturunkan perlahan-lahan.

"By the way..." Syahila masih tak pandang wajah Elly.

"Elly pernah menyesal ke kenal dengan akak?"

Mata Elly buntang. Terkejut dengan soalan yang tak dijangka akan keluar dalam syllabus hidupnya hari ini. Dia cuba bersuara. Namun, Syahila sudah menapak ke pintu.

"Akak..."

"Just pretend yang Elly tak pernah dengar apa-apa..."

Elly kaku. Persoalannya, kenapa Syahila boleh keluar soalan macam tu?

"Thanks, Kak Maya..."

Syahila dengar suara Elly. Tapi, dia tak kuasa nak buka mata. Tadi, lepas minum Milo panas, dia mandi dan terus diarah tidur. Kata Elly, dia demam. Dia menurut sahaja tanpa kata.

"It's okay..." suara Maya kedengaran perlahan. Mungkin tak mahu mengejutkan Syahila yang disangkanya dah lelap.

Senyap. Sunyi. Terasa hening suasana tiba-tiba. Syahila dah malas nak pasang telinga. Mata yang pejam hanya sekadar pejam. Lenanya tak juga kunjung tiba.

Kenapa aku boleh ada di rumah Elly? Bukan Elly tak suka aku ke?

Persoalan kuat yang mendesak dalam kepala. Entah kenapa, muka Maya boleh tak terdaftar dalam rekod kepalanya tadi. Agaknya, kepala dah penuh dengan suara Firdaus, sampai orang pun dia dah tak kenal!

Siapa cakap Elly tak suka kau? Ada suara dari entah mana tiba-tiba menerpa. Menyergah.

Fir cakap... Gumam Syahila dalam hati.

Kau percaya? Lagi-lagi entah suara apa yang datang bergema. Rasa dah macam cerita Angel dan Evil dekat dalam TV tu. Bezanya, ini versi Syahila.

Fir cakap... Fir cakap...

Sekilas, suara Firdaus bergema lagi.

"Akak cuba fikir kenapa orang tak mau kawan dengan akak? akak tak fikir ke semua tu sebab akak jugak? Akak ingat Kak Elly tu suka sangat ke kawan dengan akak? Dia pernah bagitahu saya, yang kalau bukan dia yang kawan dengan akak, tak de sape pun yang sudi jadi kawan akak... Akak fikirlah..."

Masih dia ingat lagi, betapa sebaik sahaja Firdaus cakap macam tu, hatinya jadi sebu. Syahila ketap bibir. Cuba menahan air mata dari jatuh. Mata masih lagi dipejam.

"Akak tahu je... Kak Elly pernah je cakap camtu dekat akak," lemah je suara dia masa tu. Dan, entah kenapa, dia rasa ada senyum puas hati mungkin di bibir Firdaus. Pada hal, dia cakap macam tu, sebab malas nak lawan kata dengan Firdaus. Dia sendiri tak tahu menahu tentang hal tu sebenarnya.

"See... Takkan itu pun, akak tak sedar diri lagi?" suara sinis Firdaus, terngiang lagi di telinga.

Pedih! Perit! Rasa dia nak menjerit je sekarang. Sampai hati, Elly!!!

Semua ni salah kau, Sya. Si evil datang dengan muka menyinga.

Kenapa? Syahila menggumam dalam hati.

Kau tahu kan, kepercayaan itu bukan mudah? Yang kau pergi percaya Elly tu, buat pe?

Syahila senyap. Entah apa yang direpekkan suara-suara dalam kepalanya itu, sudah dia tak mahu ambil peduli.

Samapi hati kau, dik!

Sampai hati Elly cakap macam tu pasal akak!!!

Ada air mata yang turun walau dalam keadaannya pejam begitu. Syahila sudah tak kuasa.

Ya Allah, Kau cabut sahajalah nyawa aku!!!